
Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua... dah lama tak menaip kt sini, ari ni  sebenarnya malas jugak tapi dah bosan yang amat jadi terjenguk blog si  iza, jd kopipes je la... sori iza kawan malas n xde mood nak menaip cuma  nak kongsi apa yang bagi saya menarik kot untuk semua :)
ni kalau le nak tahu adakah benar dia menyintai dan menyayangimu:
1)  Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa  dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu  satu-satunya.
2) Walaupun kamu sudah memiliki teman  istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu  bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3) Orang yang  mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya  kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu  sudah bertambah.
4) Orang yang mencintai kamu selalu  ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia  ingin tahu kegiatan kamu.
5) Orang yang mencintai kamu  akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’,  ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak  membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan  cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”,  tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6) Jika  kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang  kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan  selamat atau mengirim SMS.
7) Orang yang mencintai kamu  akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,  bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana  saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya  pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8)  Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu  ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah  mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa  banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya  kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9)  Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran  kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa  kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati  kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10) Kalau  kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau  batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk  bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli  tentang kamu.
11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi  ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya  tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada  kamu.
12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan  suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang  biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13)  Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di  telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu  dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15)  Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa  memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh  membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar  takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17)  Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti  menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di  tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang  memikirkan kamu.
18) Orang yang mencintai kamu  kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu  pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu  terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19)  Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu  dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan  dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah  mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan  mu.
20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu  akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS  dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang  lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala  pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21)  Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi  menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,  walaupun hal itu membunuh hatinya.
22) Jika suatu saat  kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu  kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa  menunggu kamu.
23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak  pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya  meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan  karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan  kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.